♡Ayuni's story♡
Farida Nadia ♡
Assalamualaikum dan hai, berdasarkan tajuk
harini nak cerita pasal si gadis comel, ayu lagi manisssss.
hahaha Kak Farida Nadia... Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri
dia terlalu baik dengan aku sampai aku rasa macam mana aku nak balas jasa jasa baik dia
dia selalu mendengar masalah aku luahan hati aku dan sebagainya
tanpa rasa jemu. Aku beruntung hadirnya dia dalam hidup aku.
Aku tak nak dia pergi jauh dari hidup aku. Aku nak dia sentiasa ada dengan aku
Aku tau walaupun aku tak pernah berjumpa dengan dia real real dalam waktu yang lama
tapi aku tetap rasa dia dekat dengan aku... Haritu ada sekali aku tengok dia face to face
tapi tak sampai 1minit. Tapi tu pun dah buat aku happy. Berbunga hahahah
Aku haraplah yang aku akan jumpa dia lagi..

Akak, kalau akak baca blog yuni.. Haa ni entry khas untuk akak.. Yuni sayang akak.
Terima kasih sebab selalu dengar masalah yuni. Akak.. kalau akak ada masalah
ceritalah dekat yuni ya.. Kita kena lah bertukar tukar cerita.
Yuni ada saat akak perlu dan akak ada saat yuni perlu kan lebih seronok kalau macam tu.
Akak jangan berahsia dengan yuni tau. Yuni nak akak tahu yang yuni sayang akak.
Iloveyousomuch :D

Haaa tengok ni.. comel kan main belon hahaha meh tengok gambar lagi satu.
Comel kan kan.. Kak Nadia!! Yuni sayang akak. hehe <3

Bye..~
 


Posted at 07:14 | 0 comments
Little girl ♡
Assalamualaikum dan hai hai hai! hahaha, okay memang dah lama tak post new entry
2bulan dah rasanya, last entry masa bulan 12 haritu.
Bukan apa, sibuk sikit, tak ada masa sangat nak cerita apa yang jadi nowadays.
So harini nak cerita sikit pasal seorang budak perempuan. "Little Girls" 
hehehe, nama dia Khairunnisa actually tak tahu macam mana boleh tetiba rapat dengan dia
dia adik perempuan dan satu satunya adik kepada Khairunnizar atau di kenali dengan nama
popular dia cehh hahaha Khai Nizar. Dia actually boyfriend kakak saya.
Okay abaikan hahaha. Berbalik pada cerita Khairunnisa
dia 13tahun this year. actually dia sempat sekolah sekejap dekat SMKBSP
tapi dia dah pindah masuk MRSM. 
hehehe kenal dia time program PRS handle orentasi form1.
tapi dia kurang mengenali sayaaaaaa hahahaha.
then makin rapat sebab selalu IM je.
Kat sekolah kadang kadang jumpa dia. Dia baik, sopan and else
Seronok kenal "Little Girls" ni.. haha walaupun saya tak ada adik, adanya dia
rasa macam ada jugak adik walaupun bukan kandung. Pun dah cukup happy
hehehe :D mesti nak tahu jugak siapa yang saya dok ceritkan ni kan kan
meh nak tunjuk gambar sikit.. Tapi dah jarang tanya khabar sebab dia duduk asrama tak ada masa sangat nak tanya khabar.
Nak call dia takut dia tengah ada program.. Tunggu dia call?? hahaha dia tak call pun hmmm.. It's so kay save credit boleh call ibu dia. tak kisah hehe. Asalkan dia sihat sudah. Sekarang kan dah nak cuti bulan 3 nanti in shaa allah boleh jumpa :)

Haa ni lah Khairunnisa. My little girl. hehehe :D

Byee..~





Posted at 06:37 | 1 comments
Kursus ♡
Assalamualaikum dan hai..
harini nak cerita pasal kursus yang berlangsung dari 15 disember hingga 17 disember sepatutnya
tapi hari 17 disember tu cikgu ada mesyuarat, so di lajak ke 18 disember.
start dari pukul 8pagi sampai 5petang.
harini first day jalani kursus PRS, yep! sangat seronok, tak boring, menarik sangat.
tapi kurang menyerlah sebab saya agak mengantuk. tak cukup tidur. awal awal tu okay lah lagi
macam boleh lah bagi respon dengan ok. tapi lepastu dalam pukul 3petang dan keatas.
saya dah kehabisan bateri ((tenang)) hahahahaha.
macam slow ja lepas tu.. semua yang terlibat dalam kursus ni actually 40 orang tapi percaya atau tidak
yang datang hanya 27 hahahahaha. jadi kami di bahagikan kepada 3 kumpulan.
kumpulan yang pertama nama MESRA
yang kedua nama POSITIF
dan yang ketiga nama SAYANG
sebenarnya ketua yang kena pergi ambil sampul nama apakah group kami.
Haaa, cuba teka saya group yang mana? Hahaha yang paling sweet dekat situ.
Hehehe saya group SAYANG.
dalam group kami tu ada 9 orang termasuk saya, which is
Abang Hazmeer 
Kak Sabrina Yusuf 
Kak Ilya
Kak Ihyazulaika 
Kak Umi
then
Adik Azim
Adik Fasihah
Adik Fatihah
aktiviti macam biasa ja tapi menarik. so memang tak boring dari pukul 8pagi sampai 5petang tu
cuma penat ja lah. sepanjang tu enjoy ja tak lekang dari ketawa sebab yang bagi taklimat and aktiviti semua tu sepenuhnya oleh Miss Fairuz atau nama penuh dia Siti Fairuz. hehehe.
saya harap kursus ni, bagi saya pengalaman yang berguna untuk saya gunakan nanti. in shaa allah.
akak akak, abang dan adik adik yang sekumpulan dengan saya semua sporting. Best!.

Posted at 10:02 | 0 comments
Part of me ♡
Assalamualaikum, hai hai dan hai......
New post, okay actually blog ini telah di kemaskini kan.
Senang cakap baru lah. Jadi ni post pertama yang merasmikan
blog baru ini, well dah kali keberapa sebenarnya saya buat blog.
but I won't care right. sebab suka hatilah nak buat berapa kali pun
asalkan menjadi jugak blog ni. hehehehe. Jadi mari lah saya perkenalkan diri saya yang tak berapa penting ini
hahaha. okay let's start.............
Nama: Ayuni Shazwanie Bt  Shabri ((nama seperti di dalam IC hahaha))
Tarikh Lahir: 4Mac1999
Tempat Lahir: Hospital Sungai Petani, Kedah.
Nama Abah: Shabri B Ahmad
Nama Ibu: Zalina Bt Othman
saya anak bongsu daripada 4orang adik beradik. Semua perempuan, tak ada lelaki kecuali abah saya je dalam family kami hehehe.
Saya orang kedah! haaa kalau cakap ikut dan tu paham paham lah noh. hahahaha.
Okay maybe hampa nak tengok muka saya macam mana, hidung penyek ka, tembab ka apa ka kan. haaa sat nak tunjuk gambar. saya, merangkap pemilik blogger ini hehehe

 Alright! That's me. Hehehe.  
Okay ini part of me part 1 which is my beloved family..
Mari saya perkenal kan my sweetheart. Dear mom and dad.
Depa lah yang membesarkan saya dari saya kecil yang tak tahu apa apa, sehinggalah saya besar yang sudah tahu sedikit sesuatu perkara. ♡ I love them so much....................


Ini ibu dah abah saya yang tercinta mwah mwah okay, gambar ni dekat Melaka MegaMall. 
masa cuti sekolah. nampak kasut merah yang agak kelihatan di situ? Please abaikan....... itu kasut saya hahaha spoil betul ._.
Okay next, saya kenalkan kakak sulung saya yang bernama Erina Shabina.

 Okay ini lah dia along saya.
Next saya nak perkenalkan angah saya, nama dia Auni Athirah dia student UKM.


Ini lah angah saya ♡ 
jadi seterusnya ialah kakak saya yang ketiga, Afza Assirah
ala ala arabian sikit namanya hahahaha
Haaa ni lah kakak saya yang ketiga, cause beza umur yang tak terlalu jauh, hanya setahun seorang.
Saya lebih rapat dengan dia hehe.

Okay ini part of me part 2 hehehehe which is my true friends #HANANForever ♡ 
Kita hidup selain memerlukan keluarga, kita juga perlukan kawan, sahabat sejati sehidup dan semati.
alhamdulilah saya di kurniakan kawan kawan yang understanding macam mereka, caring, loving and else. 
comel pun comel tau!! hahahaha so mari saya perkenal kan satu persatu hehehe.


 Taraaaaa, ni lah #HANAN yang terdiri daripada, Farah Husna, Ashikin, Nabihah, Fatin Ayu dan saya sendiri. Ini gambar kami bersama.btw perasan kan Farah dengan Ayu sentiasa di hujung, sebab apa? sebab depa tinggi hahahah. 
Mari saya tunjuk gambar seorang seorang pulak hehehe mari mulakan  ♡ 

Okay gambar pertama ni namanya Nur Ashikin Bt. Zahri.
character dia seorang yang periang, saya panggil dia mummy cause dia memang matured! hehehe.saya kenal dia dari sekolah rendah lagi, but not really to close, kami makin rapat di sekolah menegah dan memang seronok kenal dia hehe.
Next.
Ini Fatin Ayu Najwa Bt. Abdullah , saya susun gambar ikut tarikh lahir actually. Tarikh lahir depa di rahsiakan aaaaaaaaaa heheheh.. Btw, Ayu sangat caring.. Mengambil tahu sesuatu perkara dengan sangat baik. I know her since sekolah rendah, on talentime. hahahaha dari situ kami kenal dan rapat until now forever and ever, in shaa allah hehe.
Next.
Haaa, siapa gadis berkaca mata ini. hahaha ini Nur Nabihah Bt. Khairul Anuar. ♡  dia cute right? well kawan kawan saya semua cute macam saya ehh?? hahaha okay Nabihah, I called her Byhah, saya tahu dia dari darjah 3. But tak rapat sangat darjah 3 tu. Kami makin rapat bila darjah 6. Dan makin makin rapat until now and forever in shaa allah.. hehehe.
Next.
Okay ini yang terkecil termuda sekali dari group kami. but dia tinggi tau. Nama dia Nur Farah Husna Bt. Kamaredhzan. Saya mula mengenali dia masa form 1 and since situ dapat tahu dia ni baik orangnya. dia happy go lucky. suka gelak serious! hahahaha..

I really thankful to have all of them in my life. ♡ 




Posted at 07:05 | 0 comments

Hello
♡ Welcome to my blog ♡ and don't forget to follow me Thank you!




Scream here
Put your cbox codes here ; max width 200

Navigation

About Links Entries


Credits
Template by : Shira Radzuan
Basecode by : Ziera Sharplet
Tutorial : Jaja
Background : Google